Skip to main content
10
 perkara menarik tentang shah alam sek.14….

.bila orang tanya tentang shah alam apa yang korang akan fikir ??mesti kau orang akan cakap tempat industries ,Bandar yang sibuk ,café hipster ataupun pusat fesyen..haha yang paling lawak orang akan cakap uitm shah alam..sebab tu je yang diorang tahu…tapi ni laa situasi yang sama berlaku

 pada sis sebelum menjejak kan kaki dekat shah alam ni..
sekarang sis nak cerita apa sebenarnya yang ada di shah alam seksyen 14 nie..nak tahu x first time saya ke sini..rasapelik kenapa dekat sini sunyi eaa??Ala2 putrajaya macam tu…J Jrupa2 nya shah alam ni merupakan konsep taman dalam Bandar atau dikenali “anggerik city ‘’wauu..Suka2 sebab menenangkan.

tapi bila saya citer macam ni jangan laa korang fikir “ala x best laa macam takde life jee…”hihi sabar2 citer x habis lagi…japp ye saya akan menceritakan pengalaman saya sepanjang berada di sini  dan tempat2 yang menarik di shah alam ni..terutamanya di seksyen 14 :D

antara tempat2 yang saya tahu dan pernah pergi dekat area shah alam nie…


1.Vista alam –
             dekat sini pun salah sebuah tempat tumpuan pegunjung terutamany a mereka yang pengemar untuk mencuba makanan baru dan disini juga merupakan pusat perniagaan yang baru membangun  seperti butik neelofa ,thaheerah galeri  ,perkhidmatan rumah sewa dan homestay  semuanya ada .. kalau korang nak tahu ka t sini banyak restoran yang sedap2 yang menyediakan makanan yang  luar biasa  seperti  menate steak , restoran chef zubir pun ada tau ,makanan ala2 indonesia sunda dan nasi lemak royal..

2.sacc mall
kalau korang nak tahu sis paling suka pergi dekat sini nak tahu sebab apa..sebab di sini ,setiap level daripada bawah sampai lah ke atas  terdapat banyak  vendor dan booth fesyen muslimah yang menjual pelbagai jenis fesyen trend terkini..kalau korang pergi confirm gila dibuatnya hihi…mana taknya setiap level ada  je orang menjual  dan kalau weekend peniaga2 online  yang terkenal suka buka booth mereka disini ..kalau sesiapa pengemar fesyen memang patut jejakkan kaki disini.

3.Plaza alam sentral
Salah sebuah tempat berhibur macam pusat bowling dan banyak kedai yang menjual barang gadjet kalau korang yang nak repair handphone or laptop boleh laa ke sini..

3. pkns shah alam
Yang ni pun best jugak..kalau korang nak cari apa2 je yang berkaitan kelengkapan rumah dan diri..kat sini semuanya ada..sis suka pergi sini sebab MACAM2ada TERUTAMANYA kedai  ustaz YANG MENJUAL PELBAGAI ACCECORIES GADJET YANG MENARIK DAN HARGA YANG SUPER GILA MURAH YANG X KAN JUMPA KAT TEMPAT LAIN…


4. Tempat rekreasi ,BERSEJARAH dan tumpuan pelancong.

Kalau korang nak tahu dekat seksyen 14 nie dah macam putrajaya daa..terlalu banyak tempat rekreasi sampaikan sis  x tahu nak pergi yang mana satu..hihi maklum laa sis ni suka tempat2 macam ni menenangkan jiwa..
Antaranya :::::
·         Masjid sultan salaheudin alam shah
·         Taman rekreasi permai
·         Padang merdeka
·         Shah alam lake garden
·         Taman rekreasi raja lumut
·         Sultan alam shah museum
·         Tasek shah alam
·         Dataran shah alam


5.Kemudahan pengangkutan

Bas Selangor percuma je ..

rapid kl 750 boleh smpai ke pasar seni kl..


6. pusat ilmu
Kalau korang nak tahu seksyen  14  nie berdekatan dengan ipt2 yang terkenal tau seperti uitm shah alam ,unisel ,msu  , kolej komuniti,POLITEKNIK SSAS,kdu college ,open university  dan dwi emas international school ..

7. anggerik mall
Ni merupakan bangunan mara  kalau sesiapa yang nak apply loan mara ke or nak bukak business mesti akan kesini..lagi satu dekat sini merupakan tempat menjual barangan gadjet dan xkurang juga servis travel pakej umrah..kalau uolzz nak cari agensi yang menguruskan haji dan umrah boleh laa kesini yee.. :)

8. pusat pentadbiran
Dekat seksyen 14 nie merupakan pusat pentadbiran..kalau korang nak cari bangunan mbsa ,pusat audit,dan pkps dekat je..

9.kemudahan penginapan
Vista alam apartment sevices ,plaza azalea dan studio forteen..walaupun nama dia nampak gah tapi harga yang ditawarkan kepada sesiapa yang nak menyewa mmg harga mampu milik..so kalau korang yang berkerja atau belajar di shah alam sis prefer duduk dekat sini sbb keselamatan terkawal dan kemudhan facility yang banyak..kalau korang berminat cari je kat mudah taip vista alam condominium dan korang akan harga bilik serendah 300 pun ada tauu..



10. KEMUDAHAN ASAS
            HOSPITAL SPECIALIST DEMC ,PEJABAT POS ,BANK ISLAM ,CIMB,MAYBANK ,AFFIN BANK ,TABUNG HAJI SEMUANYA DISINI SEKSYEN 14 ..SENANGKAN KALAU KORANG YANG BUAT BUSINESS ONLINE TU KALAU NAK BERURUSAN DENGAN BANK x yah pergi jauh2..Sebab jarak antara bank ni..tak  smpi 3 minit pun..







Comments

Popular posts from this blog

Asalamualaikum, sebenarnya tak tahu nak cakap apa..cuma finally tercipta jugak salah satu tempat aku untuk berkongsi kisah hidup tanpa diketahui semua orang.